Thursday, 3 May 2018

Business Matching Usahawan Pulau Pinang & Sarawak di Harbour View Hotel Kuching







Saya berpeluang untuk menghadiri sesi business matching bersama Usahawan Pulau Pinang & Sarawak bertempat di Harbour View Hotel Kuching selepas dijemput oleh MARA Sarawak.

MARA Sarawak menjemput beberapa orang usahawan Sarawak yang berpotensi untuk diketengahkan kepada usahawan Pulau Pinang bagi mengadakan business matching tentang bagaimana kita boleh berkolabrasi dalam perniagaan.

Saya sendiri pada sesi business matching bersama Usahawan Pulau Pinang & Sarawak ini telah terjumpa dengan beberapa orang dalam bidang packaging & machinery yang boleh saya katakan memang sesuai dengan apa yang saya cari. Jadi dari sini kita berbincang.

Saya rasa sesi business matching bersama Usahawan Pulau Pinang & Sarawak ini merupakan sesi yang mantap dan berkualiti dimana kita dapat bersama-sama mendengar serta berkongsi idea perniagaan yang kita jalankan. Sekiranya tiada aral melintang produk kita boleh dipasarkan oleh mereka yang berminat. Insyallah.

Apa-apa pun terima kasih banyak MARA Sarawak yang seringkali menjemput saya ke majlis-majlis yang sungguh bermanfaat seperti ini.

Wednesday, 2 May 2018

Muka Amirul Hafiz masuk dalam website eUsahawan MDEC



Alhamdulillah...  Tanpa disangka-sangka muka saya masuk dalam website eUsahawan MDEC di ruangan keratan akhbar... Tak sangka pihak MDEC terjumpa dengan artikel tentang kelas eUsahawan Sarawak yang saya buat untuk Sarawak.

Ya betul demi bumi Sarawak ku yang ku cintai akan aku sanggup mengajar anak bangsa agar berjaya menjana RM1 pertama di internet insyallah.
Terima kasih ya atas sokongan anda semua... 😍😍😍

Kepada yang mahu melihat link pautan tersebut boleh klik di link yang berikut :

https://eusahawan.mdec.my/en/amirul-hafiz-mahu-menyebarkan-ilmu-perniagaan-internet/

eUsahawan Sarawak



Kelas eUsahawan PERCUMA di SARAWAK!
.
Terokai Ilmu Perniagaan Digital Bersama eUsahawan. Anda dijemput menyertai Program eUsahawan anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang bertujuan memberi latihan keusahawanan digital secara PERCUMA kepada usahawan mikro.
.
Apa yang akan anda pelajari?
- Facebook for Business
- Instagram for Business
- WhatsApp Marketing
- Copywriting Techniques
- Search Engine Optimization (SEO)
- Google Trend & Google Keyword
.
Pra-syarat untuk mengikuti Program eUsahawan ini adalah
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan keatas.
- Mempunyai Produk/Servis untuk dipasarkan.
- Mempunyai Akaun Facebook dan Instagram.
- Mempunyai Laptop dan smartphone beserta dengan sambungan data plan internet.
- Keutamaan diberi kepada yang belum pernah mengikuti program eUsahawan sahaja.
.
Kelas akan dijalankan 1 hari penuh.
.
TERHAD KEPADA 50 PESERTA SAHAJA UTK SETIAP KELAS 📞 📞📞

Daftar di —> http://bit.ly/euonlinemdec
Daftar di —> http://bit.ly/euonlinemdec
Daftar di —> http://bit.ly/euonlinemdec
.
.
.
Amirul Hafiz Bin Mastam
Certified Trainer eUsahawan (PG030)
Founder AZ Beauty Secret
.
.
PS : Selepas mendaftar klik LINK ini
https://chat.whatsapp.com/AHUUehtWw0zEPVXAx3la2a

#mdec
#eusahawan
#eusahawansarawak
#kelaseusahawan

Meeting Bersama MDEC dan KOBIS untuk eUsahawan Sarawak








Sebagai Certified eUsahawan Trainer (PG030) saya telah meeting bersama MDEC dan KOBIS untuk eUsahawan Sarawak. Meeting ini ialah tentang bagaimana kami sebagai trainer boleh memberikan impak yang besar kepada komuniti dengan menganjurkan kursus eUsahawan di Sarawak khususnya bagi membantu ramai orang untuk menjadi RM1 pertama di internet dengan berniaga.

Jadi hasil daripada meeting kami lakukan apa dapat saya simpulkan disini ialah kerajaan memang membantu rakyat khususnya bagi memantapkan lagi ekonomi mereka. Tinggal nak sertai atau tidak sahaja lagi.

Kelas eUsahawan Sarawak ini juga percuma, jadi adalah rugi kalau tidak mengambil peluang untuk menyertai kursus ini.

Syukur Alhamdulillah kelas eUsahawan Sarawak yang saya buat antara penyumbang kepada kejayaan masuk di dalam Malaysian Book Of Record ini... Terima kasih atas sokongan semua. Anda memang awesome.




Karnival ONE SSM di City ONE Megamall Kuching Sarawak








Saya berpeluang sekali lagi untuk menyertai dan memeriahkan Karnival ONE SSM di City ONE Megamall Kuching Sarawak apabila ia sekali lagi yang diadakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2018 selepas pada 2016 saya menyertainya dahulu di lokasi yang sama. Boleh dikatakan setiap tahun saya pasti akan JOIN sekiranya diberikan peluang untuk menyertai dan ada tempat kosong.

Beza karnival kali ini ia lebih membawa kepada arus kemodenan masa kini iaitu ia turut menerapkan game mobile legend yang terkini dalam aktiviti menarik minat para remaja untuk menyertai pertandingan yang diadakan.

Yang menariknya pada karnival one ssm kali ini terdapat pelbagai muka baru dan lama yang turut memeriahkan majlis kali ini. Jadi sudah terbiasa apabila berjumpa rakan-rakan perniagaan akan menjadi positif dengan ilmu baru perniagaan yang dikongsikan mereka.

Saya juga dapat berpeluang beramah mesra dengan beberapa OTAI dalam perniagaan di Sarawak antaranya Encik Alfian iaitu founder Butik Almas, Priscilla dan ramai lagi rakan usahawan.

Semoga ukhuwah yang terjalin ini kekal hingga ke syurgaMu yang abadi. Amin.