Thursday, 3 May 2018

Business Matching Usahawan Pulau Pinang & Sarawak di Harbour View Hotel Kuching







Saya berpeluang untuk menghadiri sesi business matching bersama Usahawan Pulau Pinang & Sarawak bertempat di Harbour View Hotel Kuching selepas dijemput oleh MARA Sarawak.

MARA Sarawak menjemput beberapa orang usahawan Sarawak yang berpotensi untuk diketengahkan kepada usahawan Pulau Pinang bagi mengadakan business matching tentang bagaimana kita boleh berkolabrasi dalam perniagaan.

Saya sendiri pada sesi business matching bersama Usahawan Pulau Pinang & Sarawak ini telah terjumpa dengan beberapa orang dalam bidang packaging & machinery yang boleh saya katakan memang sesuai dengan apa yang saya cari. Jadi dari sini kita berbincang.

Saya rasa sesi business matching bersama Usahawan Pulau Pinang & Sarawak ini merupakan sesi yang mantap dan berkualiti dimana kita dapat bersama-sama mendengar serta berkongsi idea perniagaan yang kita jalankan. Sekiranya tiada aral melintang produk kita boleh dipasarkan oleh mereka yang berminat. Insyallah.

Apa-apa pun terima kasih banyak MARA Sarawak yang seringkali menjemput saya ke majlis-majlis yang sungguh bermanfaat seperti ini.

No comments:

Post a Comment