Wednesday, 2 May 2018
Karnival ONE SSM di City ONE Megamall Kuching Sarawak
Saya berpeluang sekali lagi untuk menyertai dan memeriahkan Karnival ONE SSM di City ONE Megamall Kuching Sarawak apabila ia sekali lagi yang diadakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2018 selepas pada 2016 saya menyertainya dahulu di lokasi yang sama. Boleh dikatakan setiap tahun saya pasti akan JOIN sekiranya diberikan peluang untuk menyertai dan ada tempat kosong.
Beza karnival kali ini ia lebih membawa kepada arus kemodenan masa kini iaitu ia turut menerapkan game mobile legend yang terkini dalam aktiviti menarik minat para remaja untuk menyertai pertandingan yang diadakan.
Yang menariknya pada karnival one ssm kali ini terdapat pelbagai muka baru dan lama yang turut memeriahkan majlis kali ini. Jadi sudah terbiasa apabila berjumpa rakan-rakan perniagaan akan menjadi positif dengan ilmu baru perniagaan yang dikongsikan mereka.
Saya juga dapat berpeluang beramah mesra dengan beberapa OTAI dalam perniagaan di Sarawak antaranya Encik Alfian iaitu founder Butik Almas, Priscilla dan ramai lagi rakan usahawan.
Semoga ukhuwah yang terjalin ini kekal hingga ke syurgaMu yang abadi. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment